Showing posts with label selamat hari raya. Show all posts
Showing posts with label selamat hari raya. Show all posts

06 July 2017

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN


Assalamualaikum. 

Alhamdulillah hari ni hari ke 12 Syawal. Dah 12 hari kita semua meraikan hari raya Aidilfitri kan? Masih mood raya ke u all? Yong masih ada mood raya ni. Okay lagi if nak ajak makan lemang dan ketupat hehe. 


Bagaimana raya anda tahun ini. Raikan raya aidilfitri bersama yang tersayang di negeri mana? Macam Yong tahun ni Raya pertama Yong raya di negeri Kedah. My hometown la kan di Sungai Petani ni then raya kedua hingga raya kelima Yong raya di kampung suami di Pasir Mas Kelantan.


Tahun ni tahun kedua Yong raikan raya bersama baby tersayang Aisyah Amani. This year boleh dah sarung baju kurung. Genap umur Aisyah 1 tahun pada 12 June yang lalu. Comel sangat bila pakai baju tradisional tau. Next year boleh la beli banyak lagi baju cantik untuk Aisyah.




Apa pun Yong ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang mengenali diri Yong. Ampun maaf dipinta jika ada terkasar bahasa atau tersilap bicara. Harap dimaafkan ya.



Salam Sayang dari keluarga kecil kami.

Love ya!


26 October 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Salam semua! 

yong mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di dunia ini.. semoga sempena Hari Raya yang mulia ni merupakan titik mula untuk kita berubah ke sesuatu yang baru.. elok juga kita berkunjung-kunjungan ke rumah sanak-saudara dan sahabat handai kita..bole juga mengeratkan ikatan silaturahim ye tak? tambah pula, bole makan pelbagai jenis juadah enak.. nyum nyum

so esok..nak pakai baju tema warna apa yer? raya Aidiladha kali ni yong kurang best sebab tak dapat beraya dengan tok kesayangan yong..tahun ni tok beraya di Seremban.. huaaaa T__T sadissss btol.. jarang tak dapat beraya dengan tok.. harap esok takda drama air mata la ye :)



Alhamdulillah tahun ni yong dapat buat ibadah korban..jika dimurahkan rezeki, semoga ibadah ini dapat menjadi amalan di tahun-tahun selepas ini.. amin..


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!

01 September 2012

OPEN HOUSE RAYA 2012

Alhamdulillah..raya pon dah makin berakhir..tapi yong baru nak update cerita pasal raya kan.. sangat ketinggalan huhu.. actually..ni sambungan dari entri yang lepas..tentang video raya tu.. :p merasa la nak jadi pengacara sat.

oke..pada raya keempat hari tu..macam biasa la.. rumah yong ada mengadakan jamuan kecil-kecilan..just panggil kawan-kawan skolah gitu je la..tapi invite thru youtube and facebook..oke x? huhu..so ni ada beberapa gambar tetamu yang datang..thanks ye kepada yang sudi hadir..next year jemput mai lagi ye :)


ini antara sedara mara yong..see..tok pon ada disitu..



kawan yong masa yong praktikal dulu 

ummu, syu and rushal..dorang ni kawan skolah lama yong di sungai petani

ni dia! beautilicous agent korset premium beautiful utara.. cun kan they all.. biz partner yong ni tau 


ada suprise cake utk birthday girl..siapa kah?

ni dia..kak asniza dan fatin zaini.. happy bitrthday ye u ols! semoga business u ols makin success




pose gedik santai dari kami :p


pose ayu je kan? kecil molek je..hehe..


 antara makanan yang ada..yang special nye.. ada yang yong masak sendiri tau.. terasa sangat bermakna..


raya tahun ni yong rasa happy sangat..maybe sebab ada banyak kelainan kot.. ye lah..tahun lepas beraya biasa-biasa je kan.. this year..dah upgrade sakan! hope tahun depan dapat la beraya dengan kereta baru.. amin..doakan ye :)

22 August 2012

JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA NURUL AIN ZULKARNAIND





Selamat hari raya.. yong nak jemput u ols ke rumah terbuka family yong pada hari raya ke empat!


Tempat: 151, Pengkalan Lebai Mai, 08000 Sungai Petani, Kedah
Masa: 8 malam / 22 Ogos 2012


jemput datang ye.. enjoy the video 

nota kaki: ingat! beli PB dengan kami.. byeeee :)

Archive

About Me