Showing posts with label HEALTH AND BEAUTY. Show all posts
Showing posts with label HEALTH AND BEAUTY. Show all posts

19 December 2014

BB PLUS COLLAGEN | GEBU DAN MENAWAN




Penuaan merosakkan kolagen dan seterusnya merosakkan kulit

Kolagen membentuk 70% daripada lapisan dermis kulit. Ia adalah bahan utama dalam kulit, tulang, rawan dan pelbagai tisu penghubung di dalam badan kita. Kolagen membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit. Di dalam sendi rawan, ia berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut.

Faktor penuaan luaran dan dalaman boleh merosakkan fiber protein, fibroblas dan vitamin yang diperlukan untuk merangsang penghasilan kolagen. Kekurangan kolagen adalah antara faktor penyebab terjadinya proses penuaan kulit.

Mengapa memilih BB Plus?
BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan  mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik. 

Bagaimana BB Plus Bertindak?
Mod tiga tindakan:
1. Memulih  - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi
                         rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida  
3. Memperbaharui -  Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru

Dos apakah yang efektif?
Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantik dan mulus. Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3,000 saiz Dalton) yang sedia diserap.

Bagaimanakah dengan aksi perlindungan antioksida tambahan?
Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas. Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit. Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis

Bagaimanakah BB Plus dapat meningkatkan kualiti kulit?
Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.

Bagaimanakah BB Plus dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?
Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.



TESTIMONI DIRI SENDIRI



KEBERKESANAN
BB Plus mengandungi peptida kolagen yang tinggi untuk mengganti dan membina semula rantaian kolagen yang diperlukan untuk menjadikan kulit anjal, lembab, tegang dan gebu menawan. Rasa enak campuran ekstrak blackcurrant 100% dan jus roselle berkualiti tinggi serta kolagen ikan yang tidak berbau.


7 Hasil Kulit Cantik
1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab  
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari

CARA PENGAMBILAN

Campurkan 1 paket BB Plus ke dalam 150ml air bersuhu bilik. Elakkan daripada menggunakan air panas. Kacau dan sedia diminum. Pengambilan terbaik adalah sebelum makan ataupun sebelum tidur.
Sesuai untuk pesakit diabetes. Warna, rasa dan tekstur produk dalam setiap kelompok mungkin berlainan disebabkan oleh ramuan asli yang digunakan.   

Tanpa Gula dan Kolesterol
Gula gantian semulajadi dengan Indeks Glisemik yang rendah digunakan untuk memenuhi keperluan mereka yang mempunyai masalah jantung dan diabetes.

RAMUAN UTAMA
Kolagen ikan terhidrolisis, ekstrak biji anggur, Vitamin C, jus bunga roselle, jus buah blackcurrant, serat epal, inulin.


Nurul Ain Zulkarnaind
016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com


29 August 2013

MINUM KOPI AWET MUDA?? BEST NYA!

KOPI sememangnya sudah sebati dengan kehidupan rakyat Malaysia. Tidak kira pagi, tengah hari, petang atau malam, secawan kopi panas yang segar beraroma memberi nikmat dan kepuasan yang tidak terhingga kepada penggemarnya.




Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Nestle, orang Melayu adalah peminum terbesar kopi di Malaysia.


Selain memberi nikmat dan kepuasan, ramai yang mungkin tidak menyedari bahawa kopi juga mengandungi bahan antioksidas yang dapat meneutralkan radikal bebas dan melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan.


Presiden Makanan Functional di Fakulti Sains Makanan dan Nutrisi, Universiti Leeds, United Kingdom, Profesor Gary Williamson berkata, tubuh manusia terdedah kepada zarah yang dikenali sebagai radikal bebas.


Radikal bebas terbit daripada beberapa punca seperti asap kenderaan, daripada asap, pancaran matahari (UV), tekanan hidup, tabiat merokok dan sebagainya.


Ia akan membuatkan sel-sel kulit rosak dan kurang keanjalan sehingga kulit nampak berkedut, kusam dan pelbagai masalah.


"Bagaimanapun radikal bebas sebenar boleh diuraikan dengan pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi bahan antioksidas atau dalam bahasa saintifiknya dipanggil polyphenols.


"Selain biji kopi, bahan ini juga terkandung dalam tumbuhan seperti buah-buahan, sayuran, bijirin dan kekacang," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kajian saintifik turut merujuk kepada polyphenols sebagai elemen penambah jangka hayat sebagai sumber kesihatan serta antioksidas yang tinggi.

"Antioksidas ini juga mengurangkan kesan penuaan serta risiko penyakit kronik," jelas beliau.


Akan tetapi persoalan yang sering timbul dalam fikiran ialah kuantiti yang patut diambil untuk mencapai tahap kesihatan optimum.


Justeru Williamson berkata, tidak salah jika seseorang misalnya meminum lima hingga enam cawan kopi dalam sehari.


"Secawan kopi mengandungi dua kali ganda bahan antioksidas yang terdapat di dalam minuman koko, jadi minum kopi adalah cara yang paling mudah bagi seseorang untuk mendapat perlindungan dari bahan radikal bebas, sekali gus melindungi diri dari pelbagai serangan penyakit kronik," tambah beliau.


Tidak kira apa jenis kopi yang diminum, antioksidas tetap diperolehi sama ada dalam kopi campuran mahupun kopi yang telah dinyahkafein.


Pada majlis yang sama, Dr. Elke Gerhard-Rieben dari Nestle Switzerland turut menerangkan tentang inovasi kopi sebagai minuman yang mudah dan berkhasiat.



Artikel Penuh: UTUSAN



Jadi untuk kesihatan, apa kata kita minum coffee. Yong suka minum KOPI MINERAL.. sangat bagus untuk kesihatan.. khasiatnya


  • Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan.
  • Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium dan kalium.
  • Menghilangkan keletihan fizikal dan mental.
  • Melegakan tekanan. (sesuai untuk orang yang stress sokmo )




Ain Zulkarnaind

016-6933614 (sms @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com

27 May 2013

VITALIFT SERUM



Kehilangan fungsi biologi yang disertai dengan kemerosotan kesuburan dan peningkatan kadar kematian berikutan dengan peningkatan usia menyebabkan penyakit penuaan seperti gangguan berwarna pigmen, pengurangan perlindungan antioksidan, kemerosotan kualiti kulit dan kelambatan dalam penyembuhan kulit.

Dengan pengenalan Vitalift Serum, yang terdiri daripada PhytoCellTecTMSwiss Apple dan PhytoCellTecTMAlp Rose, kombinasi yang inovatif membantu melindungi sel stem kulit manusia. Selain itu, Pheno-SFETM, ekstrak Pu-erh yang bertindak sebagai antioksidan turut membantu melindungi sel daripada tekanan oksidatif, dengan itu memerangi kronologi penuaan dan meningkatkan daya hidup sel stem kulit.


KANDUNGAN UTAMA
  •  Sel stem epal (Ekstrak kultur sel buah-buahan Malus Domestica - memelihara ketahanan sel stem kulit, melewatkan kemerosotan sel penting, memerangi kronologi penuaan, mengekalkan keremajaan dan kesihatan kulit.
  •  Sel stem daun Alp Rose (Ekstrak kultur sel daun Rhododendron Ferrugineum) - menggalakkan ketahanan sel stem kulit, menguatkan ketahanan kulit serta memberikan perlindungan yang lebih baik untuk kulit khasnya terhadap tekanan iklim.
  •  Ekstrak daun Camellia Sinensis (Pheno-SFETM) - Epigallocatechin gallate (EGCG) dalam ekstrak daun Pu-erh, bertindak sebagai antioksidan membantu meneutralkan radikal bebas, dengan ini mengurangkan serangan radikal bebas terhadap kulit, yang merupakan faktor luaran penuaan kulit.

KEBAIKAN VITALIFT SERUM

  • Menjadikan kulit muka anda lebih anjal, tegang dan gebu.
  • Menggalakkan pembaharuan, pemulihan dan pertumbuhan semula kulit.
  • Mengaktifkan sel-sel kulit yang tidak aktif.
  • Melancarkan sintesis kolagen dan peredaran mikro pada kulit.
  • Mengembalikan keseimbangan lembapan kulit serta keseimbangan pH.
  • Memberi perlindungan antioksidan terhadap ancaman UV dan radikal bebas
  • Melembutkan, menghaluskan dan melicinkan tekstur kulit.
  • Menyegarkan, mencerahkan dan meremajakan wajah.


·         CARA PENGGUNAAN
  • Sapu dengan rata pada muka dan leher sebaik sahaja mencuci muka dengan pembersih dan toner. 
  • Urut dengan perlahan-lahan. Gunakannya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.


Nurul Ain Zulkarnaind
013-7049413 (wechat @ whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com


Archive

About Me