28 February 2019

DIAMOND SEMINAR 2019 | TAMU HOTEL & SUITES, KUALA LUMPUR

Assalamualaikum.

Syukur ke hadrat Ilahi. Tahun ini Yong berpeluang untuk menyertai Seminar Diamond 2019. Seminar ini bukan calang-calang speaker nya tau. Bermula dari emcee sampai la ke speaker terakhir, serius terbakor je rasa. Terngiang-ngiang suara mereka sampai lah ke hari ini.

Lokasi seminar Diamond 2019 kali ini bertempat di Tamu Hotel & Suites, Kampung Baru Kuala Lumpur.

Teringat pula zaman masa adik Yong belajar di Kuala Lumpur. 3 tahun dia tinggal di Kampung Baru. Yong selalu hantar dia balik hostel. Memori lama muncul kembali hehe



Orang kuat Seminar Diamond 2019. Mentor-mentor hebat dari Academy B32. Cdm Kak Misah, Sifu Cdm Chan, Cdm Azlan, Cdm Siti Rohana dan Cdm Juliana.



Punyalah semangat CDMs The Diamond Circle dan pasangan mereka!





CDM Siti Rohana in action. Time ni memang rasa macam kena tembak je sebiji-sebiji. pergh! terus teringat keluarga di kampung. Teringat anak di rumah. Ya Allah sesungguhnya aku bertekad nak buat bisnes ni sungguh-sungguh sampai menjadi-jadi demi keluargaku yang tersayang. Nak balas jasa keluarga yang tak pernah lepas sokongan mereka kepadaku. Nak ikut jejak langkah Kak Ana dapat bantu keluarga sungguh-sungguh. Biar puas hati.






Barisan Diamond Sales Manager dari The Diamond Circla. Tahniah kepada nada yang hadirkan diri ke seminar kali ini. LUAR BIASA semangat dan tindakan anda.




Bersemangat betul Abg Halim dengar perkongsian dari speaker. Thank you sebab sudi hadir ke seminar kali ini. Penguat semangat Yong juga. Thank you husband!





Pakar strategy Cdm Azlan. Time ni dengar slot ini serius juga macam ternganga. Sebut numbers aje dah ratus-ratus ribu. Meleleh air liur nak all out tau! InsyaAllah Melbourne kali ini siap bersama team.






Balik dari seminar, serius semangat sangat berkobar-kobar. Yong dah susun strategy baik buat team Yong. InsyaAllah tahun ini kami improve lebih tinggi lagi. Sikap lemah, lemau, malas tahun-tahun sebelum ni kena campak jauh-jauh masuk laut. Yang tinggal semangat MEROKET yang tak pernah padam!


Perkongsian dari speaker di Seminar Diamond 2019 bukan sahaja beri ilmu sahaja malah membuka minda dan hati ini untuk lebih kuat berjuang. Dah nampak jalan di hadapan. Aura makin membuak-buak. Betullah orang kata, nak berjaya kita kena selalu bergaul dengan orang sukses kan? biar tempias aura positif dan kejayaan tu kita dapat sedut sama.


Terima Kasih buat mentor Yong, Cdm Shaliza kerana menjadi tulang belakang Yong dalam bisnes ni. Kami semua kuat pun sebab mak juga. Sayang mak!


InsyaAllah next year kita bawa lebih ramai DIAMOND bersama ke seminar ini. Biar sama-sama pun berapi-rapi seperti kita. Jelas impian dan matlamat yang nak dicapai. Amin.



Ain Zulkarnaind
016-6933614 (Sms/Whatsapp)
ainzulkarnaind@gmail.com


No comments:

Archive

About Me