31 December 2018

MEE UDANG GALAH SEMPOI SUNGAI PETANI



Alhamdulillah, rezeki balik dari meeting Sabtu lepas dapat berkumpul satu family makan Mee Udang Galah SEMPOI. 


Perghhh! Serius sempoi sebab punyalah banyak udang Yong dapat makan. Ada beberapa menu. So yang kami order Megi Udang Galah, Mee Udang Galah, Kuew Tiow Udang Galah and Yong order menu simple, KuewTiow Goreng Udang Galah. 





Gebu betul udang ni kan? Fresh pula tu. Sepinggan harga biasa cuma Rm12 sahaja. Ada juga beberapa menu lain di sini cuma Yong tak sempat nak tengok. Kami order sekejap sahaja terus makanan kami sampai panas-panas. Slurppp!





Mula ceria lepas balik meeting. Selalunya lepas jumpa team memang murah rezeki. Ada je good news lepas tu. Syukur Ya Allah. 




Nampak tak si Aisyah yang makin tak senang duduk tu. Nak jalan sana sini. Hafiz dan Ayu pun join sama. 
Tok pun ada sama. Happy dapat bawa tok makan sama-sama di luar dengan family. Lepas ni kita cari tempat best lagi. 



Last but not least, mestilah kena ucapkan terima kasih pada Pakngah dan Makngah sebab belanja kami makan. Syiok makan makan sambil borak macam macam topik. Time ni la nak berkumpul kan? 

Korang time cuti pergi holiday ke mana? 

Ehh kalau datang ke Sungai Petani and nak rasai mee udang galah ini korang boleh waze begini ⤵️




Dekat je dengan rumah Yong cuma Yong je first time ke situ hehe

Selamat Menjamu Selera. 


No comments:

Archive

About Me