12 June 2014

KELEBIHAN SENGKUANG

Sebelum ni yong takda lah suka sangat makan Sengkuang. Tapi sejak kebelakangan ni Tok yong selalu sangat makan sengkuang. Nampak sedap pula. Tambah pula makan bersama kuah rojak dan kacang. Eh! memang sedap lah... So dah alang-alang makan tu kan.. Jom kita check apa khasiat atau kelebihan sengkuang ni..

Antara khasiat yang terdapat pada sengkuang adalah:
  • Mengatasi demam panas
  • Meredakan demam
  • Mampu mengubati selesema dan batuk
  • Melawaskan buang air kecil
  • Penawar demam kuning
  • Mengatasi masalah gout
  • Menghaluskan dan memutihkan kulit
  • Sesuai menjadi makanan diet.

Sengkuang mengandungi:
  • 80 - 90% Mineral
  • 10-17% Karbohidrat
  • 1.0 - 2.5% Protein 
  • 0.2% Lemak 
  • 0.5 - 1.0 Serat
  • Vitamin C 
  • Kalsium 
  • Fosforus 
  • Zat besi

Sengkuang baik untuk kesihatan wajah 

Sengkuang sesuai untuk semua jenis kulit. Sengkuang mempunyai keistimewaan iaitu melembap dan menegangkan kulit. Boleh dijadikan scrub muka dan badan tau.

Cara membuatnya: 

Cuci dan kupas sengkuang. Masukkan ke dalam pengisar kemudian kisar sehingga halus. Campurkan sedikit madu serta perahan air limau nipis. Lumur pada wajah dan badan sekurang-kurangnya 30 minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan dua kali seminggu dan lihat hasilnya. Best kan? Bukan saja jimat malah sangat semulajadi. Baik untuk di amalkan..

Selamat mencuba.. lepas ni boleh la selalu beli Sengkuang di pasar ye :p


No comments:

Archive

About Me