21 March 2014

5 TIPS MEMILIH KAWAN

Assalamualaikum. Today yong nak share 5 tips memilih kawan. Petua Memilih Kawan ini dari Imam al-Ghazali 

Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik..

Semoga tips ini dapat membantu kita untuk lebih berhati-hati dan lebih peka bila mendapat kawan baru.

Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..

Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.

Kelima :
PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.

Semoga tips ini sedikit sebanyak membantu kita ketika memilih kawan. Terima kasih kepada semua rakan-rakan baru yong. Anda semua sangat baik dan menceriakan hidup yong. Yong sangat menghargai persahabatan kita.

Love u all.


Posted via Blogaway

No comments:

Archive

About Me